KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
TARIAN ZAPIN
Ditubuhkan pada tahun 2002, kumpulan zapin Seni Warisan ini diketuai oleh Encik Mahfuz bin Mohd. Zin. Dianggotai seramai 20 orang yang terdiri daripada 10 orang penari, 8 orang pemain muzik dan 2 orang penyanyi. Kumpulan ini telah banyak menyertai pertandingan diperingkat daerah dan negeri selain pernah menjadi Johan Zapin di Peringkat Daerah Muar. Sehingga kini, kumpulan ini masih aktif dan banyak menerima undangan persembahan dimajlis-majlis rasmi dan kenduri kahwin.
BARONGAN DAN KUDA KEPANG
Barongan adalah satu kegiatan kesenian yang berasal dari Kepulauan Jawa, Indonesia. Persembahan ini merupakan pengkisahan semula satu epik Jawa yang menceritakan seorang pahlawan yang gagah bernama Kelana Wijaya tetapi telah disumpah menjadi mahluk berkepala harimau dan berbadan merak demi mengejar cintanya kepada Puteri Intan Ayu. Kebiasaannya persembahan barongan ini juga turut diiringi beberapa penari berkuda kepang yang melambangkan bala tentera yang mengiri pahlawan tersebut.
Kumpulan yang dianggotai seramai 20 orang ini diketuai oleh Encik Nasarudin bin Mat Sitar yang merupakan generasi ketiga mewarisi kumpulan kesenian ini dari bapa dan datuknya. Mereka sering diundang pada majlis keramaian atau menjadi pengiring kepada pasangan pengantin di majlis perkahwinan mahupun orang kenamaan pada majlis-majlis rasmi.
MUZIK KEMPLING DAN KOMPANG
Kempling atau Campuling merupakan muzik tradisional orang-orang Jawa. Kumpulan yang diketuai oleh Encik Tamat bin Hj Abdullah ini dianggotai seramai 8 orang pemuzik ini biasanya menjadi muzik latar atau iringan pada majlis-majlis keramaian.
GHAZAL
Kumpulan ghazal ini diketuai oleh Encik Husaini bin Hj Mastor Ali dan dianggotai oleh seramai 15 orang pemuzik dan penyanyi. Banyak menerima undangan untuk majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi serta majlis perkahwinan. Keistimewaan kumpulan ini adalah ketuanya mempunyai kemahiran untuk membuat alat-alat muziknya sendiri. Bersedia untuk memberikan tunjuk ajar serta persembahan secara langsung di bengkelnya yang terletak di Parit Nombor 2.
KUGIRAN 60-AN SUTERA 2
Diketuai oleh En.Zainudin Zakaria bin Hj Shamsudin ,nama gelaran artis Mas Joko .Antara Artis kampung yang paling lama .Membuat persembahan diseluruh negeri Johor .Beliau juga antara artis paling tertua di situ.
Lagu-lagu yang didendangkan semuanya masih lagi mengekalkan lagu-lagu lama .mempunyai 5 Orang ahli kumpulan .
boleh saya tahu muzik kempling ada terdapat di batu pahat atau tidak??jika ada dibahagian atau kampung mana?
ReplyDeleteAssalammualaikum,saya Ainul Fikri Zakwan pelajar semester 5 di Kolej kemahiran tinggi Mara Rembau (kktmR)Saya hendak membuat dokumentari tentang keunikan barongan di tempat encik ..bagaimana ya ? harap pihak cik dapat membantu saya..terima kasih .
ReplyDelete