PRODUK HOMESTAY

PRODUK IKS MAKANAN






KUIH BAHULU TRADISIONAL

Kuih-kuih bahulu ini masih diusahakan oleh Puan Mariam bte Suri secara tradisional iaitu dibakar menggunakan dapur arang dari sabut kelapa. Bahulu yang diusahakan adalah bahulu anak, bahulu lapis dan bahulu gulung.








TEMPE & KEREPEK TEMPE

Perusahaan tempe dan kerepek tempe ini diusahakan oleh Hjh Maznah bte Hj Yaakob sejak 1970'an lagi. Tempe yang diusahakan sama ada dijual basah atau dijadikan kerepek tempe. Boleh menghasilkan 1,200 keping tempe sehari







KUIH KAPIT & CAKAR AYAM

Diusahakan oleh Puan Gimah bte Kosni serta keluarga. Bahan yang digunakan adalah dari tanaman pokok ubi yang ditanam sendiri . Ada berbagai - bagai bentuk rupa cakar ayam ini bentuk bulat kecil dan besar dan bersarang burung . Kuih Gapit ini dihasilkan oleh beliau juga .Resepinya adalah resepi tradisional yang di turunkan oleh ibunya .Kuih ini juga mendapat banyak tempahan apabila raya pengunjung yang datang juga tidak ketinggalan membeli .Produk -produk ini untuk dipasarkan di mini market berdekatan serta menerima tempahan Hari Raya dan tempahan dari pengunjung homestay.






GULA KELAPA

Perusahaan ini diusahakan oleh Encik Basiron bin Husin. Perusahaan membuat gula dari air nira kelapa ini Boleh menghasilkan sebanyak 400 kg sehari.Pembakarannya masih menggunakan kayu api . Produk ini menerima tempahan dari super market yang berdekatan dan menghantar produk ini ke Pasar Borong Kuala Lumpur . Dan juga pengunjung homestay salah satu tempat lawatan aktiviti homestay .








KEK LAPIS SARAWAK


Diusahakan oleh Mak Ngah yang berasal dari Sarawak akan tetapi telah menetap di sini sejak 1996. Namun resepi dan rasanya tetap asli seperti di Sarawak. Pada hari biasa, Mak Ngah membuat 30 buku kek sehari tapi tak menang tangan untuk tempahan Hari Raya.


 KEREPEK KELADI











KEREPEK UBI








KEREPEK PISANG







KEREPEK SUKUN








Diusahakan oleh Pn . Aminah Bt Wadi .Beliau mengusahakan produk ini bersama anak lelakinya yang bernama En,Rezeki Bin Sarnon beliau menanam semua tanaman yang hendak dibuat kerepek ini .Produk ini dihantar ke kedai -kedai yang berdekatan dan menerima tempahan dari pengunjung homestay serta masyarakat setempat selain itu menerima tempahan untuk cenderahati , kenduri kahwin dan Hari Raya .

PRODUK KRAFTANGAN


Kraftangan Tempurung

Diusahakan oleh Tn.Hj Sarip Bin Kimon . Pada permulaan beliau hanya memulakannya hanya sekadar hobi tetapi lama kelamaan menjadi perniagaan yang mana setiap produk yang dihasilkan mendapat tempahan dari penduduk .Kretiviti produk ini dihasilkan sendiri oleh beliau bersama-sama ahli keluarga .Perusahaanya telah dibantu oleh Bank Pertanian di kawasan itu dan sekarang beliau telah membesarkan bengkelnya dan menghantar produknya semerata tempat.Tempahan yang paling banyak adalah bunga tempurung dan kincin tempurung tempahan banyak diterima dari Singapura .




Kraftangan Kayu Larik

Diusahakan oleh En.Husaini Bin Mastor dan dibantu oleh anaknya En.Am Huzairi .Beliau memulakan perusahaan ini dengan membuat alat -alat muzik dan permainan tradisional seperti gasing .Tetapi sekarang beliau telah menghasilkan kraftangan kayu larik .Produk ini dihasilkan menggunkan kayu dan dibentuk seperti  yang dikehendaki .Tempahan boleh dibuat melalui lamam web KAYU LARIK.Menerima tempahan dari dalam dan luar negeri .Antara lawatan yang paling


Kraftangan Mengkuang

Diusahakan oleh Pn.Hjh Zabariah Bt Samsudin . Beliau mewarisi kemahiran ini dari ibunya . Pelbagai bentuk dan rekaan yang dibuatnya seperti kotak tisu , alas gelas , alas meja , alas pinggan , tikar mengkuang dan pelbagai lagi . Beliau juga merupakan tenaga pengajar kepada pelajar yang datang dari Singapura untuk mempelajari cara anyaman mengkuang ini .Beliau juga menerima tempahan dari dalam dan luar negara .




Kraftangan Wau

Diusahakan oleh En.Misnan Bin Wagio .Produknya mendapat tarikan oleh Sultan Johor yang melawati Homestay Parit Bugis ketika itu . Beliau juga salah seorang tenaga pengajar kepada pelancong-pelancong untuk membuat Wau . Antara Wau hasil beliau adalah Wau bulan .Beliau juga menerima tempahan dari pelancong yang datang ke homestay .Antara aktiviti yang dilakukkan sewaktu kedatangan pelancong adalah pelancong disuruh menaikkan wau hasil dari buatan mereka  itu sendiri .


PERTANIAN


Ladang Nenas

Diusahakan  oleh penduduk Kampung Parit Bugis . Ada pusat pengumpulan buah nenas yang untuk dipasarkan oleh persatuan itu sendiri .Keluasan 255 Hektar .Spesis Moris , Josaphine dan N36 .


Herba Mas Cotek

Diusahakan oleh Tn.Hj Hujang .Mempunyai keluasan 10 ekar kebun. Menghasilkan produk seperti Herba Mas Cotek .Kopi Mas Cotek , Minyak angin Mas Cotek dan air mineral Mas Cotek. Penduduk kampung juga menjual daun herba ini ke kilang nya.Terima tempahan dari pelbagai tempat . Selain itu beliau juga menjual benih pokok Herba Mas Cotek ini .


Tanaman Kelapa Sawit

Majoriti Penduduk kampung menanam tanaman ini .Keluasanyan antara 700 hektar.Pengunjung juga di bawa ke kebun ini dan merasai cara mengait kelapa sawit ini .Terdapat 2 jenis pokok kelapa sawit pertama jenis pelepah panjang buahnya besar-besar  dan kedua pelepah pendek buahnya kecil tapi rapat rapat .Kebanyakan petani menghantar hasil mereka ke Unit Peladang .


Tanaman Kopi

Diusahakan oleh segelintir penduduk kampung .Antara tempat lawatan yang dikunjungi oleh pelancong dan merasai memetik kopi di kebun seterusnya menghasilkan kopi dan terus diminum.

PENTERNAKAN



Ternakan Arnab

Diusahakan oleh Rabit Muar .Terdapat 1000 ekor arnab .Pelbagai baka yang dipelihara antaranya baka dari eropah.Ternakan ini dibuat daging sejuk beku yang berharga sekilo Rm30.00 .Terdapat juga sate arnab , anak arnab juga dijual dengan harga rm70.00 sepasang.Lawatan juaga dibawa kesini bagi pengunjung merasai bermain bersama arnab ini.


Ternakan Burung Puyuh

Diusahakan oleh Tn.Hj Mahmud bin Maarrof . Selain daging Burung Puyuh , telor burung puyuh juga dijual olehnya .Terima tempahan oleh penduduk sekitar dan menjual daging ini ke pasar borong .




Ternakan Ikan Keli

Diusahakan oleh En. Nazmi bin Msarom.Terdapat 4 buah kolam. Ternakannya dijual di sekitar tempat disini.Beliau juga menjual kepada peniaga -peniaga restauran sekitar kawasan disini .

1 comment:

  1. Thank you so much! dengan adanya produk ni memudahkan sye siapkan kerja.

    ReplyDelete